VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
MATLAMAT
* Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
* Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera
* Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
* Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysiayang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
PIAGAM PELANGGAN
- Sentiasa menyediakan perkhidmatan, pendidikan tunjuk ajar dan bantuan yang berkesan kepada para muriddengan rasa penuh tanggungjawab dan komited
- Sentiasa memberikan perkhidmatan yang cekap, sempurna dan mesra pelanggan
- Mengambil tindakan terhadap sebarang aduan, permintaan dan keperluan pelanggan dalam tempoh 48 jam hari bekerja
- Sentiasa peka dan responsif terhadap perubahan dan pembaharuan serta bersedia menerima pandangan membina daripada pihak luar
- Memberikan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Agensi Kerajaan dan Swasta bagi menjayakan sesuatu program untuk kecemerlangan murid
BUDAYA
- Bekerja dalam satu pasukan
- Kreatif dan Inovatif
- Penyayang, prihatin dan hormat-menghormati
- Gigih berusaha ke arah kejayaan
- Sentiasa bersyukur
- Menepati masa
- Taat kepada pemimpin, setia kepada negara
LAGU SEKOLAH :SERI SAUJANAKU CEMERLANG
SMK Seri Saujana
Menjadi kebanggaan bangsa
Cemerlang berjaya menjadi impian
Menuju cita-cita dan wawasan
SMK Seri Saujana
Menjadi harapannya bangsa
Berilmu Berdisiplin dan Berwawasan
Membentuk generasi yang mulia
Berusaha mencapai cita
Itulah pegangan kita
Ilmu yang bakal ditimba
Mencorak akhlak mulia
LENCANA
Resam padi harus menjadi tradisi pelajar-pelajar di sekolah ini, “Semakin tunduk, semakin berisi”. Semakin banyak ilmu di dada semakin beradab dan berbudaya serta saling hormat-menghormati sesama insan.
Melambangkan kepentingan memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Melambangkan pelajar bestari dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.
5 gelung melambangkan perkembangan potensi pelajar sebagai insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia, merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, memperlihatkan pembangunan sahsiah pelajar-pelajar di sekolah ini ke arah membentuk sebuah negara perindustrian yang maju.
Maksud Warna-warna Dalam Lencana
Warna Biru Melambangkan integrasi dan perpaduan kaum ke arah satu wawasan. Warna biru juga memperlihatkan keharmonian pelajar dan persekitaran sekolah.
Warna Merah Melambangkan sifat keberanian pelajar serta semangat tabah untuk menghadapi segala cabaran dan perubahan.
Warna Putih Melambangkan niat suci dan keikhlasan yang dipupuk dalam menuntut ilmu pengetahuan ke arah membentuk insan yang sempurna.
Cogan Kata Sekolah
Cogan Kata Berilmu Berdisiplin Berwawasan bertujuan untuk memotivasikan para pelajar dan menyampaikan mesej yang positif ke arah menjayakan sistem pendidikan yang bersepadu,seimbang dan menyeluruh seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Maksud Moto Berilmu Berdisiplin Berwawasan adalah seperti berikut:
Berilmu
Memperkembangkan golongan pelajar yang berfikir dan berdaya intelek serta mempunyai pemikiran yang rasional,kritis dan kreatif. Memupuk semangat mencintai ilmu pengetahuan serta sentiasa berusaha untuk menambah dan mengembangkannya.
Berdisiplin
Memiliki ketrampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup selaras dengan nilai-nilai murni yang dihayati.
Berwawasan
Berkeupayaan untuk ,memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. Di samping itu juga bersedia untuk menjadi masyarakat global yang berperanan aktif dan cemerlang pada masa hadapan. Juga memilik kesedaran,tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada agama,bangsa dan negara.



