LOGO SMKSS

logo bingkai

PENERANGAN LOGO

Resam padi harus menjadi tradisi pelajar-pelajar di sekolah ini, “Semakin tunduk, semakin berisi”.  Semakin  banyak ilmu di dada semakin beradab dan berbudaya serta saling hormat-menghormati sesama insan.

Melambangkan kepentingan memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Melambangkan pelajar bestari dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.

5 gelung melambangkan perkembangan potensi pelajar sebagai insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia, merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, memperlihatkan pembangunan sahsiah pelajar-pelajar di sekolah ini ke arah membentuk sebuah negara perindustrian yang maju.

Maksud Warna-warna Dalam Lencana

Warna Biru Melambangkan integrasi dan perpaduan kaum ke arah satu wawasan. Warna biru juga memperlihatkan keharmonian pelajar dan persekitaran sekolah.

Warna Merah Melambangkan sifat keberanian pelajar serta semangat tabah untuk menghadapi segala cabaran dan perubahan.

Warna Putih Melambangkan niat suci dan keikhlasan yang dipupuk dalam menuntut ilmu pengetahuan ke arah membentuk insan yang sempurna.

Share