SEJARAH SMKSS

   Pada awal penubuhannya SMK Seri Saujana di bawah pentadbiran pengetuanya yang pertama iaitu Encik Nagindar Singh A/L Saudagar Singh dengan tenaga pengajar seramai 26 orang beserta 400 orang pelajar telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 2 kearan pembinaan bangunan sekolah masih belum siap sepenuhnya. Akhirnya SMK Seri Saujana berpindah ke bangunan sendiri dengan megahnya pada tarikh keramat 6 Jun 2001.

   SMK Seri Saujana menjadi semakin mantap di bawah pentadbiran Puan Noraini Bt. Mohd. Ali sebagai pengetua dan mempunyai 50 orang tenaga pengajar dengan bilangan pelajar seramai 900 orang. Pn. Noraini dianggap sebagai tulang belakang SMK Seri Saujana kerana pelbagai perubahan drastik telah dilakukandi bawah pentadbiran beliau. Gelanggang serbagunatelah dibina untuk keguanaan para pelajar melakukan pelbagai aktiviti. Walaupun SMK Seri Saujana merupakan sekolah baru, pelbagai aktiviti telah diadakan dengan jayanya. Antara kejayaan yang telah dicapai ialah penganjuran Karnival Gemilang 2002 hasil kerjasama PIBG dan sekolah. Asrama SMK Seri Saujana telah berjaya tempat kedua pada tahun 2002 dan menjadi johan pada 2003 dalam pertandingan Asrama Cemerlang. Selain itu, SMK Seri Saujana telah berjaya melahirkan ramai atlit yang berbakat dalam sukan olahraga. SMK Seri Saujana juga merupakan salah sebuah sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras .

 

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *