PENGENALAN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) adalah organisasi perantara bagi sekolah dan ibu bapa. Organisasi PIBG yang berkesan dapat menyokong disamping meningkatkan keseluruhan program pendidikan sekolah.
FUNGSI PERSATUAN
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:
- membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
- menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
- meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat.
- meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan