VLE FROG UNTUK IBU BAPA

VLE FROG UNTUK IBU BAPA

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SMK  Seri Saujana. Untuk pengetahuan semua, SMKSS telah menggunakan satu platform pembelajaran alaf baru yang dikenali sebagai 1BESTARINET VLE FROG. Platform ini membolehkan murid, guru dan pelajar untuk mengakses platform pembelajaran secara dalam talian. Untuk makluman ibu bapa, pada masa ini para pelajar  sedang  diberikan kursus secara berperingkat berkaitan dengan VLE Frog yang akan digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

** Sila gunakan GOOGLE CHROME SAHAJA

VIEDO Introducing VLE FROG : http://vimeo.com/94322453

 

CARA MENDAPTKAN ID 1BESTARINET

Ibu bapa yang ingin mendaptkan ID 1BestariNet sila layari laman web di bawah:

https://nsmi.1bestarinet.net/NSMI/ParentIDRetrieval

Isikan  Nama (seperti dalam Kad Pengenalan / Pasport) dan nombor kad pengenalan untuk retrieve ID sendiri.

Sila rujuk video untuk langkah-langkah mendapatkan ID dan password ibu bapa : https://www.youtube.com/watch?v=6owGjYHEc1g

 

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet.
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara. Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum. Ikuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan anda.

 

Aktifkan Akaun VLE FROG

 1.  Layari laman web yes.my : http://www.yes.my/ 

2. Klik pada “Activate Now

yes.my

3.  Klik Pada “Activate My Yes ID

av

4.  Isikan ID dan password  dan klik

3

 

Bagaimana log masuk

ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal yang diberi oleh Pentadbir Frog VLE sekolah akan membolehkan anda mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE). Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat URL sekolah anda, sila klik di sini.

Lihat video ini untuk Log Masuk Pengguna Baru

 

Langkah-langkah untuk Log Masuk ke VLE FROG

1. Buka Google Chrome dan sila taipkan alamat VLE sekolah anda ke dalam bar URL.Alamat URL untuk SMK SERI SAUJANA : https://wea0237.1bestarinet.net/
2. Taipkan ID Yes 1BestariNet dan kata laluan yang telah diberi oleh Pentadbir Frog kepada anda dan kemudian, klik ‘Login’.
3. Jika ini adalah kali pertama anda log masuk, terma dan syarat akan dipaparkan. Anda perlu menggunakan bar skrol di sebelah kanan anda untuk membacanya secara penuh. Anda mesti mengklik kotak semak dan kemudian mengklik butang ‘Accept’ untuk meneruskannya.
4. Kini anda sudah pun bersedia untuk memulakan perjalanan Frog anda!

 

 

Semak Tugasan Anak dalam VLE FROG

1.  Klik pada Quick Launch -> My Child Work

frog 1

 

2.  Klik pada tugasan yang diberikan untuk semakan

frog 1

 

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi helpdesk VLE FROG:

Helpdesk 1bestariNet :

018-333 0000

http://frogasia.com/learncentre/

 

Maklumat lanjut boleh didapati dari :

http://1bestarinet.net/

https://www.facebook.com/1BestariNetKelantan?group_id=0

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.